Tuesday, 6 December 2011

PENGENALAN KEPADA ASAS RANGKAIAN

DEFINISI RANGKAIAN

·         Hubungan di antara komputer-komputer ataupun terminal-terminal untuk membentuk satu laluan data yang membolehkan maklumat dikongsi


JENIS-JENIS LAN
Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
1. Pengguna dan pelayan (Client-server)

Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
    • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
    • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
    • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
    • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
    • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX

Kelebihan
Kelemahan
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.

2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer pelayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.


Kelebihan
Kelemahan
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.



Konsep Peer to Peer.

i.         PC ke Switch/Hub
ii.        PC ke PC
        
i.              PC ke Switch/Hub

Banyak digunakan dalam Rangkaian untuk penyambungan atau menghubung antara satu sama lain dari segi komunikasi. Penggunaan ini tertumpu kepada Rangkaian kawasan setempat iaitu LAN (Local Area Network) contohnya, ruang pejabat yang kecil, rumah dan lain-lain lagi. Penyambungan di antara PC ke Switch/Hub ini menggunakan Straight Over Cable.



ii.            PC ke PC

Hanya terhad kepada penggunaan 2 PC sahaja. Pengunaannya banyak membantu dalam perpindahan file atau data yang tidak mampu di muat oleh alat penyimpanan seperti Diskette, CD dan lain-lain yang mana mempunyai ruang penyimpanan yang kecil. Ia juga dapat membuat perpindahan file dengan cepat. Penyambungan di antara PC ke PC ini menggunakan Cross Over Cable.





PERKAKASAN RANGKAIAN

·         Terdapat beberapa jenis perkakasan rangkaian yang biasa digunakan dalam pembangunan rangkaian komputer iaitu kad rangkaian, hub, switch, router, repeater, dan bridge.


Kad Rangkaian

Pengenalan

          Network Interface Card, Network Adapter dan Network Card adalah merupakan perkakasan  yang sama. Ia merupakan peranti yang digunakan untuk menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal.

          Kad rangkaian yang dipasang pada komputer akan dihubungkan dengan komputer yang lain di dalam rangkaian menggunakan kabel.

         

        



HUB (HAB)  
      
·         Hub juga dipanggil concentrator, hub adalah alat yang menyambungkan workstation dan alat lain dari LAN. 

·         Hub boleh bertindak sebagai repeater dan menyambungkan nodes di dalam network yang sama.

·         Hub adalah peralatan yang digunakan untuk membolehkan beberapa komputer digabungkan bersama di dalam satu rangkaian.

·         Hub terbahagi kepada 3 kategori :

1.     Hub Pasif

                      Tidak menguatkan isyarat elektrik yang diterima.
                      Hanya membenarkan isyarat yang diterima melepasi satu komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan


2.     Hub Aktif

                      Mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.
                      Menguatkan isyarat elektrik yang diterima sebelum memancarkan semula isyarat tersebut.

3.     Intelligent hub
                      mempunyai perisian pengurusan (software management) bagi mengesan dan mengasingkan masalah didalam rangkaian. Keupayaan pengurusaan ini penting bagi membolehkan rangkaian berjalan dengan baik.



SWITCH (SUIS)

  • Switch adalah peralatan rangkaian yang menghubungkan nodes ke kumpulan yang sama supaya boleh berinteraksi antara satu sama lain.

  •  Ia mempunyai kelebihan untuk memeriksa paket-paket data serta mampu menentukan alamat dari mana, beserta alamat destinasi paket tersebut.

  • Switch adalah lebih bijak dari hub dan akan menghantar packet kepada destinasinya sahaja. 

  • Collision (perlanggaran) mungkin tidak / kurang berlaku kerana network boleh disegmenkan kerana packet hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua port-port yang lain.

Hub
Switch
Semua port dalam sebuah hub berkongsi 10MB  bandwith contohnya bagi hub yang mempunyai
8 port, 10MB akan dikongsi oleh 8 pengguna (user).

Switch boleh mencapai 10MB bandwidth bagi setiap port. Semua user boleh mendapatkan sambungan maksimum  10MB.
Hub akan menghantar semua paket data yang diterima oleh satu port ke semua port-port lain walaupun hanya satu port saja yang sepatutnya menerima paket tersebut.

Switch pula lebih baik dari hub dan akan menghantar paket kepada destinasinya sahaja. Switch menenalpasti destinasi paket data yang hendak dihantar.
Perlanggaran (collision) kerap berlaku  kerana 10MB dikongsi  oleh beberapa port. Jika berlaku penghantaran paket serentak di antara user-user paket tersebut menunggu masa yang lama sebelum dihantar semula.
Perlanggaran data kurang berlaku kerana network boleh disegmentkan kerana paket hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua port-port lain.


 

                                                   PERBEZAAN HUB (10MB ETHERNET) DENGAN SWITCH 



ROUTER (PENGHALA)

·         Router adalah peralatan rangkaian yang menghubungkan pelbagai rangkaian komputer..

          .
         




Kesimpulan ciri-ciri Routers
·         Menggunakan dynamic routing.
·         Beroperasi pada protocol level.
·         Mengawal kemasukan dan konfigurasi menerusi SNMP.
·         Dapat digunakan untuk rangkaian yang kompleks.
·         Memberikan keselamatan kepada Network.
·         Membentuk segment di dalam rangkaian secara logik.
·         Iklan yang banyak di dalam rangkaian (broadcast storm) boleh dibuang.
·         Boleh berfungsi sebagai Bridge.


REPEATER (PENGULANG)

  • Repeater ialah komponen penyambungan yang paling ringkas dan digunakan pada Local Area Network.

  • Ianya adalah peranti elektrik yang beroperasi pada lapisan fizikal dalam model OSI.

  • Ini kerana ia menyambungkan segment dari network yang sama dan membolehkan node dijarakkan dengan lebih jauh lagi.

  • Contoh repeater




 
Ciri-ciri dan Fungsi  Repeater
-          Mempunyai had jarak yang ditetapkan
-          Mempunyai had bilangan yang boleh digunakan dalam network
-          Tidak boleh dikawal menerusi remote access program
-          Jika menggunakan panjang kabel yang melebihi dari standard yang dibenarkan, repeater mungkin akan menyebarkan data yang salah.

BRIDGE (JEJAMBAT)

  • Bridge biasanya digunakan untuk menghubungkan dua LAN yang sama protocol komunikasi/ alamat dan rangkaian (Ethernet-Ethernet, Token Ring). 

  • Ini kerana bridge berkeupayaan menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya.

  • Bridge bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta.

·         Transparent Bridge - Juga dikenali sebagai spanning tree bridge. Ianya mudah kerana ia hanya perlu plug dan boleh work instantly (digunakan pada waktu itu juga). 2 jenis piawaian LAN yang menggunakan transparent bridge, ini adalah Ethernet dan Token Bus.
·         Source Routing Bridge - Piawaian yang menggunakannya adalah ring.




Kelebihan Penggunaan Bridge

·         Dapat menambahkan lagi sambungan workstation dan segment network.
·         Dapat menyambungkan segment yang berlainan yang menggunakan protocol berlainan.
·         Disebabkan Bridge bekerja pada Lapisan MAC, jadi ia berkebolehan bekerja untuk tahap protocol yang lebih tinggi.
·         Dengan membahagikan LAN kepada segment yang lebih kecil, keupayaan network dapat ditingkatkan dan menjadi lebih senang untuk diperbaiki.
·         Mengurangkan network traffic kerana ia hanya membenarkan data melaluinya hanya jika data melintasinya.


Kekurangan Penggunaan Bridge

·         Menapis frame yang akan melaluinya menjadikan network lembab.
·         Bridge akan menjadi overload ketika traffic berada pada kadar yang tinggi.
·         Bridge menggabungkan beberapa MAC protocol yang berbeza menyebabkan frame perlu diubahsuai sebelum menghantarnya ke segment yang baru. Ini menyebabkan kelewatan.
·         Bridge mengedarkan iklan dalam network menyebabkan pertambahan iklan dalam network.




PROTOKOL RANGKAIAN.


·         Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara. Dalam istilah perkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi.
                                      
·         Sebagai contoh adalah pengguna ingin mencapai maklumat atau data dari Network A ke Network B di sini ia menggunakan protokol bagi membolehkan komunikasi antara network-network tersebut.
JENIS PROTOKOL 
·         Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, beberapa protokol rangkaian dicipta. Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah TCP/IP.
·         TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) seolah-olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address. IP Addres lebih mirip seperti alamat kediaman anda. Contoh simulasi IP Address dalam protokol TCP/IP.
·         Contoh IP Address:

  • Dengan penggunaan TCP/IP pada sistem rangkaian, paket data yang dihantar pada satu-satu penerima, paket tersebut akan melalui 7 lapisan OSI untuk dipaparkan pada komputer penerima.


KELAS-KELAS RANGKAIAN
·         Alamat-alamat IP ini ditentukan dan dipantau oleh satu badan bebas, IANA (Internet Assigned Numbers Authority). Daripada ketentuan ini, terdapat beberapa kelas IP telah dispesifikasikan kepada Kelas-Kelas IP, dan antara yang digunakan ialah daripada Kelas A, B, dan C.

·         Terdapat satu alamat ip yang tidak termasuk dalam susunan ini, iaitu 127. Alamat ini digunakan untuk tujuan ujilari rangkaian, 127.0.0.1
·         Merujuk kepada carta kelas di atas, bilangan network ialah bilangan rangkaian yang mampu dibuat pada satu-satu masa, manakala bilangan subnet pula ialah bilangan pecahan daripda ranagkain-rangkaian itu , dan bilangan host ialah bilangan pengguna dalam setiap rangkaian tersebut. Sebagai contoh, kita ambil IP address daripada kelas A. Bilangan rangkaian yang mampu dilaksanakan ialah sejumlah 126 dengan 16,777,214 pengguna dalam setiap rangkaian, iaitu 1:16,777,214.
·         Pada ruangan subnet, 255.0.0.0 mewakili maksima IP Address yang DIBENARKAN diguna pakai pada setiap komputer. Range ataupun keluasan bagi satu-satu IP Address ialah daripada 1 hingga ke 254. Contoh: 10.1.1.1 hingga 10.x.x.x hingga 126.254.254.254.
SUBNET
·         SUBNET ialah satu mekanisma pengiraan yang digunakan dalam sistem rangkaian bagi memecahkan rangkaian dalam kelas-kelas IP address bagi tujuan keselamatan maupun pembahagian kumpulan-kumpulan kerja. Subnet dalam IP address adalah terdiri daripada NETWORK ID DAN HOST.
·         Subnet (Pecahan Network) dalam satu kumpulan IP biasanya dipanggil SUBNET MASK. Subnet mask biasanya ujud pada setiap setting ip address pada semua Operating System, (windows95/98/Me/Xp/2000) Server maupun client.


KESIMPULAN
·         Kebanyakkan pengunaan IP Address pada sesebuah syarikat atau institusi menggunakan DYNAMIC IP ADDRESS (DHCP -Dynamic Host Computer Protocol).Istilah ini membawa maksud secara praktiknya dimana, dalam satu rangkaian terdapat satu SERVER yang akan membahagikan IP Address kepada kesemua komputer yang dirangkaikan. Dalam konfigurasi server pula, biasanya haruslah mempunyai kemampuan untuk memberikan perkhidmatan ini.
    •  di antara dua protocols atau rangkaian.
    • Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
    • Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.


PENERANGAN DAN KONFIGURASI TCP/IP.

Pengenalan Dan Fungsi Arahan ‘ping’.

Apa Itu PING?
·         PING merupakan salah satu program yang digunakan untuk memastikan komunikasi antara komputer dalam sebuah jaringan melalui protokol TCP/IP.
·         PING akan mengirimkan Internet Control Message Protocol (ICMP) Echo Request messages pada ip address komputer yang dituju dan meminta respons dari komputer tersebut.
·         Ping boleh dikatakan sebagai network trouble shooting tools yang paling mudah dan paling berguna untuk mengkaji masalah network. ;
·         Nama PING dikatakan berasal dari Packet Internet Groper .      


Latihan Amali

Penyambungan PC ke PC


1. BUAT PENYAMBUNGAN RANGKAIAN

i) Kenalpasti komputer yang hendak digunakan.

ii) Sambung bekalan kuasa. Pastikan penyambungan di dalam keadaan baik.

iii) Pasangkan Cross Over Cable .

iv) Hidupkan 2 unit komputer.


2. LARAS TCP/IP

i) Klik kanan pada icon My Network Places dan pilih Properties.


Rajah 1

ii) Klik pada Local Area Network dan pilih  Internet Protokol(TCP/IP).


Rajah 2

iii) Klik Properties. Taipkan IP 192.168.0.1   pada PC1 dan  IP 192.168.0.2 PC2. Subnet Mask  
    255.255.255.0 dan klik ok.

Rajah 3


3. LARAS NAMA KOMPUTER DAN KUMPULAN KERJA

i) Klik kanan icon My Computer  dan pilih properties .

ii) Pilih tab Computer Name dan pilih Change.
iii) Taip PC1 pada PC1 dan PC2 pada PC2 dalam  kotak Computer Name .

iv) Taip Network Pada kotak Workgroup di kedua- dua PC dan klik ok.

                                                                             Rajah 4

v) Windows Restart, Klik Restart.


5. UJI KEFUNGSIAN RANGKAIAN


i)  Double klik My Network Places dan klik View Workgroup Computers.

    Muncul 2 icon dengan nama 2 PC tersebut di View  Workgroup Computers.



Rajah 5
ii) Untuk ujian, Klik Start dan klik Run.

iii)Taip cmd di kotak Run dan klik ok.

iv)Taip ping  192.168.0. 3 dalam dos promt dan  tekan enter key.



Rajah 6

v) Reply - amali ini berjaya di laksanakan.

    Perhatian :- Jika ada Reply pada IP tersebut maka komunikasi 
                       perkongsian terjalin dan jika terjadi Request time out
                       maka ia menunjukkan proses ini ada masalah.



6 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Saya mohon kebenaran untuk mengambil bahan dari blog tuan tujuan untuk pengajaran anak murid saya. Bukan tujuan untuk komersial. Saya akan kreditkan blogtuan semasa pengajaran saya. Moga usaha tuan mendapat ganjaran dari Allah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam...

    sure...mesti boleh...lagi pun sye buat blog ni untuk sesiapa sahaja yg ingin mendalami ilmu pasal IT networking....tuan mengajar di kolej mane..?

    ReplyDelete
  3. hai... saya aisya
    saya ada soalan... macam mana saya nak format Pendrive yang dah write protected ye? saya dah cuba dah dekat internet yang bukak dekat run bla bla tapi tak boleh juga. boleh encik bantu saya.

    ReplyDelete