Sunday, 7 October 2012

BASIC ELEKTRONIK




PENGENALAN ELEKTRONIK

Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elektrik yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik.Ia adalah sebahagian daripada daripada bidang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik serta komponen elektronik aktif seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar bersepadu. Sifat bukan linear komponen-komponen ini serta kemampuannya mengawal aliran elektron membolehkan penguatan isyarat lemah dapat dilakukan dan sering diaplikasikan dalam telekomunikasi dan pemprosesan isyarat. Elektronik berbeza dengan elektrikal dan elektrik mekanikal yang melibatkan penjanaan, pengagihan, pensuisan dan penyimpanan dan penukaran disamping menggunakan banyak menggunakan peralatan seperti wayar, motor, generator, bateri, suis, transformer, perintang dan pelbagai komponen pasif. Perbezaan antara elektrikal dan elektronik ini bermula pada tahun 1906 apabila Lee De Forest telah berjaya merekacipta triod yang pertama, ini membawa kepada kemampuan untuk menguatkan isyarat radio dan isyarat audio tanpa menggunakan peranti bukan mekanikal. Sebelum dekad 1950-an, bidang ini dipanggil sebagai teknologi radio kerana penggunaannya menggunakan prinsip rekabentuk dan teori pancaran gelombang radio, penerimaan gelombang radio dan juga tiub vakum.



Pada hari ini, kebanyakan peralatan elektronik menggunakan komponen semikonduktor untuk melakukan pengawalan elektron.Pengajian mengenai peranti semikonduktor dan juga teknologi yang berkaitan dengannya adalah termasuk di dalam bidang fizik keadaan pepejal. Untuk rekabentuk dan pembinaan litar elektronik bagi menyelesaikan masalah secara praktikal pula, ia termasuk di dalam bidang kejuruteraan elektronik.

Sesetengah orang mengkaji bagaimana peranti sedemikian berfungsi secara am, sebagai sebahagian dari fizik. Sesetengah yang lain mereka dan membina litar elektronik untuk menyelesaikan masalah praktikal. Ini merupakan sebahagian tugas jurutera elektrik, elektronik dan jurutera komputer.




KOMPONEN ELEKTRONIK

  •  PERINTANG 

    • Pengenalan

  • Komponen yang mempunyai rintangan elektrik digunakan untuk mengawal pengaliran.
  • Merupakan komponen pasif.
  • Perintang ialah sejenis komponen elektronik dua-terminal yang menghasilkan voltan merentangi terminalnya.
  • Arus yang melepasi perintang adalah berkadar sonsang dengan nilai perintang.
  • Jenis-jenis perintang:
    • Perintang tetap
    • Perintang boleh ubah
  • Unit sukatan diukur dalam Ohm



    • Fungsi-fungsi perintang
  • Perintang tetap
    • Menghadkan pengaliran arus dan mendapatkan susutan voltan dalam litar.
  • Perintang Boleh ubah
    • Mengawal jumlah arus yang mengalir dalam litar.


    • Simbol perintang
      • Perintang tetap
                           

No comments:

Post a Comment