TAJUK PENGENALAN KEPADA INTERNET
TUJUAN:
TUJUAN:
Kertas penerangan ini akan membolehkan pelajar-pelajar boleh mengetahui dan memahami apa itu internet, cara internet berfungsi serta perkhidmatan asa dalam internet.
PENERANGAN:
APAKAH INTERNET ?
Internet ialah suatu rangkaian global yang terdiri daripada gabungan rangkaian-rangkaian komputer yang lebih kecil (global network of computer networks). Rangkaian sejagat ini menghubungkan berjuta-juta komputer di pelbagai negara di seluruh dunia. Komputer-komputer ini yang terdiri daripada komputer peribadi hinggalah ke komputer kerangka utama (supercomputers) menggunakan satu set aturan atau piawai pemindahan data yang dikenali sebagai Protokol awalan Transmisi dan Protokol Internet (TCP/IP) untuk menghantar dan menerima maklumat. Komunikasi ini berlaku dalam Rangkaian TCP/IP melalui get laluan (gateway) iaitu penghala yang menterjemahkan bahasa komunikasi bukan TCP/IP kepada bahasa TP/IP dan sebaliknya. Rangkaian-rangkaian ini biasanya disambungkan antara satu sama lain dengan menggunkan talian telefon, kabel atau satelit. Dengan ini, pengguna-pengguna komputer dapat bertukar maklumat dengan pantas antara satu sama lain walaupun berada di sudut dunia yang berlaianan. Rangkaian komputer terbesar dikawal selia oleh Yayasan Sains Kebangsaan Amerika Syarikat atau NSF (National Science Foundation).
SEJARAH INTERNET
1957 : Perlancaran satelit Sputnik oleh Russia menyebabkan Amerika Syarikat menubuhkan ARPA
(Advanced
Research Projects Agency), sebuah agensi di bawah penyeliaan Jabatan Pertahanan Amerika
Syarikat.
Misi utama ARPA adalah untuk membangunkan teknologi dalam bidang ketenteraan yang dapat
bersaing dengan kuasa luar. ARPA kemudiannya dikenali sebagai DARPA (Defense Advance
Research
Projects Agency).
1962 : Teknologi Pensuisan Paket telah diusulkan untuk membolehkan komputer saling berhubungan tanpa
mengambil kira jenisnya. Pensuisan Paket ialah satu pendekatan yang membolehkan data dihantar menerusi rangkaian. Dalam proses penghantaran, data dipecahkan kepada unit kecil dengan alamat tertentu sebagai identitinya. Pemecahan data dalam unit kecil membenarkan lebih banyak pengguna menggunakan talian yang sama pada masa yang sama.
1969 : Rangkaian computer pertama dibentuk ialah ARPANET, rangkaian ketenteraan Amerika Syarikat.
Rangkaian ini menjalinkan hubungan antara Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dengan penyelidik ketenteraan di universiti. Rangkaian ini dijalinkan berasaskan Protokol Kawalan Rangkaian, atau
NCP(Network Control Protocol).
NCP(Network Control Protocol).
ARPANET bermula dengan jalinan 4 buah computer dan berkembang dengan menjalinkan 200 buah
computer dalam bidang ketenteraan dan penyelidikan di seluruh Amerika Syarikat dalam tempoh 10
tahun.
computer dalam bidang ketenteraan dan penyelidikan di seluruh Amerika Syarikat dalam tempoh 10
tahun.
Tujuan asas ARPANET ialah :
a) membentuk satu rangkaian komunikasi yang dapat menahan serangan musuh dan sabotaj
b) membangunkan suatu rangkaian yang membolehkan ahli sains dan penyelidik berkongsi
sumber
sumber
c) membangunan suatu rangkaian yang mudah ubah dan bebas daripada kongkongan pihak
tertentu
tertentu
1972 : Pengenalan Mel Elektronik.
1973 : Teknologi Pensuisan Paket diperkenalkan ke Britain dan Norway.
1979 : Kumpulan diskusi Usenet ditubuhkan.
1981 : Konsep Senarai Mel (Mailing List) diperkenalkan dengan pengenalan BITNET (Because It’s Time
Network), rangkaian untuk computer jenis kerangka utama IBM.
1982 : TCP/IP menggantikan NCP sebagai protocol asas dalam rangkaian komunikasi.
1984 : Pengenalan system FQDN (Fully Qualified Domain Name).
1986 : Penubuhan NSFNET (National Science Foundation Network) diAmerika Syarikat. NSFNET dengan
lima buah pusat komputernya telah berjaya menjalinkan institusi pendidikan, ketenteraan dan kerajaan. Kepantsan rangkaian ini menjadi tulang belakang rangkaian di Amerika Syarikat dan mula
mengambilalih peranan ARPANET. Gabungan Usenet, NSFNET, BITNET dan ARPANET telah
membentuk internet.
mengambilalih peranan ARPANET. Gabungan Usenet, NSFNET, BITNET dan ARPANET telah
membentuk internet.
1989 : Pengenlan World Wide Web (WWW).
1990 : Fungsi asal ARPANET mula lenyap.
1991 : Pengenalan Gopher dan Wais (Wide Area Information Servers), suatu system untu mencari maklumat
yang dikehendaki. CIX (Commercial Internet Exchange) juga ditubuhkan untuk membolehkan firma
perdagangan menggunaan kemudahan dan perkhidmatan internet.
1993 : Pengenalan Mosaic, sejenis pengimbas WWW yang kemudiannya diambil alih oleh Netscape
Navigator.
1994 : Internet menyambut ulang tahun ke 25.Pasar raya wujud dalam internet.
1995 : Fungsi internet beralih kepada bidangperniagaan dan perdagangan.
BAGAIMANAKAH INTERNET BERFUNGSI?
Keseluruhan proses komunikasi internet boleh dibahagikan kepada dua komponen :
i. PELAYAN
ii. PELANGGAN
Pelayan (serber) disambung secara langsung ke internet sepanjang masa melalui peralatan komunikasi gentian optik berkelajuan tinggi. Pelayan menyewa ’masa boleh sedia’ (available time) kepada orang awam yang dikenali sebagai pelanggan atau client. Apabila pelanggan ingin mengakses internet, mereka akan mendail kepada pelayan. Pelayan ini kemudiannya akan membenarkan mereka menghantar dan menerima maklumat daripada pelayan tersebut dan juga mana-mana pelayan yang dihubungkan ke internet.
Ini bermakana apabila anda inginkan maklumat daripda internet, anda adalah PELANGGAN. Komputer yang
menghantar maklumat tersebut kepada anda dikenali sebagai PELAYAN. Peranan pelayan dalam rangkaian
internet adalah untuk menyimpan maklumat dan membenarkan capaian (access) oleh mana-mana
menghantar maklumat tersebut kepada anda dikenali sebagai PELAYAN. Peranan pelayan dalam rangkaian
internet adalah untuk menyimpan maklumat dan membenarkan capaian (access) oleh mana-mana
pelangganyang ingin mendapatkan maklumat tersebut setelah diberi kebenaran. Untuk mendapat akses ke pelayan, pelanggan pula mestilah merangkai ke internet terlebih dahulu sama ada menggunakan sambungan ’dial-up’ ataupun ’dedicated’.
Dalam sambungan ’dial-up’, modem disambungkan kepada Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)
melalui talian telefon biasa. Modem ini, sama ada jenis dalaman (internal) atau pun luaran (external), beroperasi
pada kelajuan yang berbeza -14.4 Kps, 28.8 Kps, 33.6 Kps atau 56 Kps. Dalam sambungan ’dedicated’ pula
modem beroperasi pada kelajuan yang jauh lebih pantas dengan menggunakan talian ISDN. Talian telefon yang
digunakan bukanlah dari jenis biasa. Dengan itu data dapat dihantar dan diterima dengan sangat pantas.

Internet terdiri daripda berjuta pelayan (disebut juga sebagai hos) yang terdapat di seluruh dunia dan saling
berangkai antara satu sama lain. Pelayan-pelayan ini boleh jadi komputer-komputer kerangka utama
(supercomputers) ataupun cuma komputer-komputer peribadi yang masing-masing disambungkan oleh
penghala (routers) yang menjadi pencari laluan (path finder) internet. Data biasanya akan melalui beberapa
penghala dalulu sebelum sampai ke pelayan yang dituju. Penghala-penghala ini biasanya dimiliki sama ada oleh
ISP dan mana-mana badan korporat ataupun menjadi sebahagian daripada ’tulang belakang’ internet itu sendiri.

Sebaik sahaja pelanggan dapat membuat sambungan ke internet, ISP akan memastikan bahawa permintaannya ditala oleh penghala dengan betul kepada pelayanyang dikehendaki dan kemudiannya maklumat yang dipinta itu dihantar ke lokasi yang betul.
Setiap penghala yang wujud dalam rangkaian internet sentiasa bersambungan melalui pelbagai laluan. Denhan itu, sekiranya sesuatu data yang dihantar oleh Pelayan A kepada Pelayan B melalui Penghala 1 tidak berjaya, Pelayan A mempunyai ribuan laluan lencongan lain untuk menghantar data tersebut ke Pelayan B tadi iaitu Penghala 2, Penghala 3 dan seterusnya. Setiap pelayan juga berfungsi sebagai satu stesen untuk menarah data di sepanjang laluan dalam internet.
BAGAIMANAKAH DATA BERGERAK MELALUI INTRENET?
Rahsia besar internet ialah protocol rangkaiannya yang dipanggil Protokol Kawalan Transmisi dan Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol dan Internet Protocol). Protokol ini seakan-akan satu system perekodan (coding system) yang membenarkan computer entafsir data. Setiap computer yang dirangkai dalam internet memahami kedua-dua protocol ini dan menggunakannya untuk menghantar dan menerima data dalam rangkaian.
TCP/IP mewujudkan sesuatu yang dipanggil rangkaian bingkisan pensuisan (packet switched network)
iaitu satu jenis rangkaian yang bertujuan untuk meminimakan risiko kehilangan data yang dihantar melalui
internet. Pertamanya, TCP memecahkan/menyahhimpunkan (disassemble) setiap data yang hendak
iaitu satu jenis rangkaian yang bertujuan untuk meminimakan risiko kehilangan data yang dihantar melalui
internet. Pertamanya, TCP memecahkan/menyahhimpunkan (disassemble) setiap data yang hendak
dipindahkan itu kepada pecahan-pecahan kecil (chunks) yang dinamakan bingkisan (packets).
Seperti yang dikatakan pada walnya, rangkaian-rangkaian dihubungkan oleh penghala. Penghala-penghala ini seterusnya akan memeriksa kemana bingkisan-bingkisan ini harus pergi dan menentukan kea rah mana hendak ditala. Jadi, sekiranya penghala-penghala ini tahu ke mana destinasi bingkisan-bingkisan tersebut, sudah pasti ada alamatnya (address) dan alamat ini dipanggil alamat Protocol Internet (IP address). Oleh itu, sebelem menghantar data, setiap bingkisan tadi akan ‘dibungkus’ dengan ‘sampul surat elektronik’ yang tercatat alamat-alamat Protocol Internet pengirim dan penerimanya. Alamat Protokol Internet ialah satu siri empat nombor yang dihubungkan dengan titik (dot).
Contoh alamat Protokol Internet :
i. 202.188.95.12 untuk pelayan TMnet
ii. 192.228.188.34 untuk pelayan Jaring
Untuk memudahkan pengguna, alamat Protokol Internet ini juga mempunyai satu Alamat Domain (domain address) yang unik yang akan ditafsir oleh Sistem Nama Domain atau DNS (Domain Name System). Alamat Domain bagi TMnet ialah www.tm.net.my dan bagi Jaring ialah www.jaring.my. Mengingati Alamat Domain adalah lebih mudah daripda mengingati alamat Protokol Internetnya.
Berbalik kepada bingkisan-bingkisan tadi, selepas diperiksa alamat Protokol Internetnya, penghala terus menghantar ke destinasinya iaitu pelayan yang menyimpan maklumat yang dikehendaki. Sekiranya data dipecahkan kepada tiga bingkisan, ada kemungkinan setiap satunya bergerak melalui penghala yang berbeza. Apabila kesemua bingkisan ini sampai, TCP mengambil alih proses ini semula dengan mengenal pasti setiap bingkisan dan seterusnya menghimpun semula reassemble) menjadi data asal.
PERKHIDMATAN ASAS
Internet merupakan satu lebuh raya maklumat multimedia yang mempunyai keupayaan yang menakjubkan. Kini internet telah menjadi satu tarikan luar biasa yang mempunyai faedah kepada orang ramai. Oleh sebab internet boleh memindahkan data, grafik, video dan juga bunyi dengan cepat, kini kita boleh melawat muzium, seni galeri, perpustakaan , Taman Negara ataupun mana-mana tempat di dunia secara maya. Kita juga boleh mendapatkan berita-berita tempatan dan luar negara serta ramalan cuaca, membca keputusan perlawanan sukan kegemaran, membaca laman web syarikat untuk mendapatkan maklumat produknya, meninjau harga pasaran terkini, menonton dan mendengar klip video dan filem pilihan serta boleh membeli belah. Semua ini boleh dilakukan melalui internet tanpa perlu meninggalkan rumah serta keselesaannya.
Peluang-peluang yang ada dalam internet serta faedah menggunakannya adalah pelbagai. Internet menawarkan manfaat yang berbeza bagi setiap warganya (Netizen). Untuk merasai keistimewaan ini, kita sendiri hendaklah menggunakan internet dan mengalamai keistimewaannya. Di bawah ini disenaraikan tujuh perkhidmatan asas yang ditawarkan oleh internet :
i. WORLD WIDE WEB
World Wide Web atau WWW ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (On-line) yang dipanggil tapak jaringan atau homepej (homepage). Tapak jaringan ini mengandungi pautan-pautan (links) ke dokumen-dokumen dan sumber-sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet. WWW menggunakan satu jalan yang berasaskan hiperteks untuk menyedia, mengendali dan mencapai homepejhomepej tersebut. Pendekatan yang unik ini membolehkan warga internet melihat maklumat dalam apa cara yang disukai. Secara ringasnya, WWW bolehlah dikatakan sebagai sebuah perpustakaan maya segajat (universal virtual library) yang menyimpan bermacam-macam jenis maklumat.
ii. MEL ELEKTRONIK
Mel elektronik atau e-mail ialah satu perkhidmatan internet yang membolehkan para pengguna
menghantar mesej antara satu sama lain tidak kira di mana mereka jua berada. Surat-surat yang dihantar ini
biasanya sampai ke destinasi dalam masa beberapa saat sahaja. Penggunaan e-mail adalah lebih murah dan
mudah jika dibandingkan dengan perkhidmatan pos biasa. Warga internet menggelarkan perkhidmatan pos
biasa ini sebagai mel siput (snail mail) kerana penghantarannya yang perlahan. Aspek terpenting dalam e-mail
ialah keupayaannya untuk mengepil fail-fail elektronik seperti dokumen, teks, grafik, fail audio dan klip video
pada mesej yang dihantar. Penghantaran e-mail merupakan antara perkhidmatan internet yang paling popular di
kalangan warganya.

iii. INTERNET RELAY CHAT (IRC)
Internet Relay Chat atau IRC ialah sistem perbualan pelbagai pengguna yang membolehkan seseorang itu
berhimpun bersama pengguna lain di dalam satu ‘saluran’ (channels) atau biasa dikenalai sebagai ‘bilik
perbualan’ (chat room) untuk secara berbincang secara individu atau kumpulan tentang sesuatu topik yang telah
ditetapkan. Dalam IRC, kita boleh ‘bercakap’ secara maya dengan menaip dalam masa nyata (real time).

iv. PROTOKOL PINDAHAN FAIL (FTP)
Protokol Pindahan Fail atau FTP ialah protokol piawai yang membolehkan para pengguna memuat turun dan memuat naik berjuta-juta fail yang boleh dicapai di dalam rangkaian internet. FTP adalah cara mudah untuk bertukar dan memindah fail antara pelayan dan pelanggan. Fail-fail yang boleh dipindahkan ini disimpan di dalam komputer-komputer yang dipanggil Pelayan (FTP Server) dan biasanya telah dimampatkan untuk mengecilkan saiz fail bagi memendekkan masa pindahan. Untuk mencapai fail-fail ini, program klien FTP digunakan untuk mencarinya dan memulakan proses permindahan.
v. TELNET
Telnet ialah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan ‘komunikasi jauh’
(remote computer) dalam rangkaian internet dengan menggunakan protokol Telnet. Dengan Telnet kita boleh
menyambung dan log masuk ke dalam komputer lain yang berada di mana sahaja dan seterusnya memberi
arahan kepada komputer tersebut seperti mencapai fail dan menggunakan perisian yang ada di dalamnya
seolah-olah komputer itu ialah komputernya sendiri. Proses ini juga dipanggil ‘log masuk jauh’ (remote login).
Apabila ini berlaku, papan kekunci dan monitor pengguna akan menjadi terminal kepada komputer jauh yang
disambungnya. Segala data yang diproses di komputer jauh akan dihantar semula ke monitor pengguna untuk
dipaparkan. Telnet sering digunakan untuk mengakses katalog dan pangkalan data perpustakaan di seluruh
dunia. Kebanyakkan katalog dan pangkalan data ini boleh diakses secara percuma dan tidak memerlukan
akaun atau kata laluan. Tidak seperti WWW, Telnet dipamerkan dalam bentuk teks sahaja.

vi. KUMPULAN BERITA (NEWSGROUP)
Kumpulan Berita ialah kumpulan perbincangan maya dalam internet. Kumpulan perbincangan ini seakanakan satu ‘bilik persidangan’ iaitu tempat warga internet dari seluruh dunia menghantar dan membaca mesej atau artikel tentang topik-topik tertentu. Kumpulan berita bagaikan satu pusat sumber ilmu untuk mendapatkan maklumat dan jawapan bagi pelbagai pertanyaan bagi pelbagai pertanyaan yang dihantar oleh ahli kumpulan. Sebaik sahaj soalan dipos kepada kumpulan berita, ahli-ahli lain kemungkinan besar akan menjawabnya dengan serta merta. Jawapan akan dihantar kepada pengirim asal atau terus kepada kumpulan berita untuk dibaca oleh semua ahli. Terdapat beribu-ribu kumpulan berita dalam internet dan kebanyakkannya berunsurkan pendidikan. Bagaimanapun terdapat banyak juga kumpulan berita yang membincangkan topik rekreasi dan kesemuanya ini disusun secara hierarki dan antaranya ialah comp (komputer), rec (rekreasi), sci (sains), soc (soail) dan talk (perbincangan).
vii. SENARAI MEL (MAILLING LIST)
Senarai Mel ialah kumpulan perbincangan berasakan e-mel. Ia adalah satu sistem mel khas iaitu apabila
seseorang pelanggan menghantar mesej ke satu alamat senarai mel, mesej pelanggan itu akan disalin dan
dihantar semula kepada semua pelanggan lain yang melanggani senarai mel tersebut. Secara alternative,
pelanggan asal tadi juga akan menerima salinan mesej yang dihantar ke senarai mel yang sama oleh
pelanggan-pelanggan lain. Senarai mel ditadbir oleh program perisian yang terdapat dengan banyaknya di
rangkaian-rangkaian komputer seluruh dunia. Antara perkhidmatan yang paling popular ialah Listserv dan
Majordomo.

No comments:
Post a Comment