Sunday, 1 January 2012

IP ADDRESS

Setiap alamat IP terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Network ID dan Host ID. Network ID umpama jalan utama, manakala Host ID merupakan alamat rumah yang ada di dalam jalan utama tadi. Alamat IP bersaiz 32 bit dan dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu setiap bahagian mempunyai 8 bit. Contoh 8 bit berbanding decimal.


Ada 2 cara membaca alamat IP, iaitu cara binari dan decimal. Nombor binari diwakili dengan 0 dan 1, manakala decimal diwakili dengan nombor 0 hingga 9

  • Jenis Kelas Alamtat
Terdapat 6 jenis kelas alamat yang ada iaitu A, B, C, D, dan E 
  •  Kelas A bit pertama mesti bermula dengan 0
  • Kelas B 2 bit mesti bermula dengan 10
  • Kelas C 3 bit mesti bermula dengan 110
  • Kelas D 4 bit mesti bermula dengan 1110
  • Kelas D 4 bit mesti bermula dengan 1111
Dimana julat alamat bagi setiap kelas ialah
  • Julat alamat kelas A diantara 1 hingga 126
  • Julat alamat kelas B diantara 128 hingga 191
  • Julat alamat kelas C diantara 192 hingga 223
  • Julat alamat kelas D diantara 224 hingga 239
  • Julat alamat kelas E diantara 240 hingga 255
Walaubagaimanapun kita hanya dibenarkan menggunakan kelas dari jenis kelas A, B dan C sahaja. Alamat IP mempunyai 32 bit dan dipecahkan kepada 4 bahagian yang mana setiap satu mempunyai 8 bit dan kita wakili setiap bahagian  sebagai w.x.y.z. Sekiranya alamat IP itu adalah 191.254.253.13, w=191, x=254, y=253, z=13 atau dalam bentuk binari adalah 
10111111.11111110.11111101.00001101=191.254.253.13

No comments:

Post a Comment